Mukaddimah

Blog ini dibangunkan untuk mencatat aktiviti-aktiviti yang dijalankan oleh Keluarga Hajah Wan Mandak bt Wan Ngah. Warga emas ini mempunyai 4 orang anak tiri dan 7 orang anak hasil perkongsian hidup dengan Ahmad bin Saman. Ibu tunggal yang lebih mesra dengan panggilan Mok Wan ini tinggal di Kampong Gong Resam, Pasir Akar, Jerteh, Besut, Terengganu.